Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Anggap Islam Tidak Boleh Berpolitik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Anggap Islam Tidak Boleh Berpolitik

Spread the love

KUALA LUMPUR – DAP menyarankan PAS supaya menyertai Tabliqh kerana berpandangan Islam tidak boleh berada dalam politik negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP membuat saranan itu kerana mereka memang berusaha menyingkirkan PAS daripada politik negara.

Bagaimanapun, katanya, beliau secara peribadi memaafkan pemimpin Melayu DAP yang jahil tentang Islam.

“Secara peribadi, saya maafkan mereka justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera.

“Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kritikan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari ke atas PAS kelmarin.

Zairil menyarankan PAS supaya tidak menyertai politik dan menjadi tabligh jika mahu terus bercakap tentang mendapat keredhaan Allah S.W.T dan pembalasan akhirat.

Dakwa Zairil, sikap PAS menyebabkan parti tersebut tidak memiliki wawasan untuk mengubah dasar negara ini supaya lebih adil kepada semua.

“Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” kata Zairil. – Mynewshub.cc

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meOMa0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.