Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terengganu Kekal Kejuaraan Judo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terengganu Kekal Kejuaraan Judo

KUALA NERUS: Terengganu mengekalkan gelaran juara keseluruhan Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 do Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Kuala Nerus di sini, hari ini.

Pasukan judo Terengganu mengatasi 11 pasukan lain dengan membawa pulang lapan emas, lima perak dan dan enam gangsa bagi lapan kategori acara yang dipertandingkan.

Ia adalah kejayaan kali ketujuh berturut-turut negeri itu.

Sementara itu, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menduduki tempat kedua dan membawa pulang lima emas, lima perak dan lapan gangsa.

Pasukan judo dari Perak menduduki tangga ketiga dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Ia diikuti Sarawak di tempat keempat juga dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa, manakala Pulau Pinang membawa pulang satu emas dan lima gangsa di tempat kelima.

Atlet judo wanita Terengganu kategori bawah 63 kilogram, Nik Norlydiawati Nik Azman, dinobatkan sebagai atlet wanita terbaik, manakala kategori lelaki dimenangi atlet judo SSTMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon.

Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang turut merasmikan penutupan kejohanan berkenaan hari ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nicZhk

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.