Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM Ahmad Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM Ahmad Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota UMNO untuk sentiasa turun padang bagi membantu dan membela rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsuddin Yahya berkata pesanan itu diberikan oleh timbalan perdana menteri semasa menyempurnakan majlis penutupan ‘Program Keris’ anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO membabitkan tiga bahagian UMNO di sini, hari ini.

Ingatan itu merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti supaya kami sentiasa menumpukan usaha membantu nmenyelesaikan masalah dihadapi rakyat, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Majlis penutupan program itu diadakan secara tertutup kepada media. Program dua hari itu bagi memantapkan persediaan UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan anggota UMNO Bahagian Batu Sapi, Sandakan dan Semporna.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Ampung Puyon, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran dan Samsuddin.

“Kami sentiasa mengutamakan konsep turun padang itu termasuk menerusi Pusat Daerah Mengundi bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurut Samsuddin, UMNO Batu Sapi juga sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi.

Pada petang ini, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Perbandaran, Tawau.

Timbalan perdana menteri dijadual pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mWojCJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.