Gavin Green Raih Tempat Kedua Terbuka India
PEMAIN golf negara, Gavin Green ketika beraksi pada saingan Terbuka India Hero yang berlangsung di New Delhi, India. – Foto AFP
KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Gavin Green, melakar kejutan apabila muncul naib juara pada saingan Terbuka India Hero yang berlangsung di New Delhi, India, petang tadi.
Meskipun dilihat sedikit bergelut pada saingan itu, pemain berusia 23 tahun berkenaan membenam dua birdie dan lima bogey untuk mengumpul tiga di bawah par 285 secara keseluruhan bagi mengesahkan kedudukan di tangga kedua.
Kejuaraan menjadi milik pemain tuan rumah, SSP Chawrasia yang mencatat 10 di bawah par dengan keseluruhan 278 pukulan. Beliau adalah juga pemenang pada tahun lalu.
Keputusan ini menyaksikan Green menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik Jelajah Eropah buat kali pertama sepanjang kariernya.
Selaku naib juara, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah 183,000 Euro (RM869,782).
Keputusan ini sudah pasti memberi semangat dan meningkatkan lagi keyakinan Green bagi menghadapi beberapa lagi pertandingan yang bakal disertainya selepas ini.
Bagaimanapun, nasib berbeza dialami dua lagi pemain golf negara yang turut bersaing pada kejohanan itu apabila Nicolas Fung dan Danny Chia gagal menamatkan saingan terbabit dalam kelompok 10 pemain terbaik.
Kemenangan Chawrasia buat kali kedua menjadikannya pemain India pertama mempertahankan gelaran Eropah dan pemain pertama memenangi empat kejuaraan pertamanya di laman sendiri.
Pemain berusia 38 tahun itu turut menjadi pemain pertama mempertahankan gelaran Eropah sejak kali terakhir dilakukan oleh Branden Grace yang memenangi Commercial Bank Qatar Masters pada 2016.
Keputusan:
278 – SSP Chawrasia (IND) 72 67 68 71
285 – Gavin Green (MAS) 72 73 65 75
286 – Matteo Manassero (ITA) 68 73 72 73, Scott Jamieson (SCO) 70 74 70 72
287 – Rafa Cabrera Bello (SPA) 73 73 70 71, Anirban Lahiri (IND) 76 73 67 71, Carlos Pigem (SPA) 69 73 67 78
288 – David Horsey (ENG) 66 74 76 72, George Coetzee (RSA) 73 74 69 72, Michael Hoey (NIR) 71 71 71 75
– AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPlZNc✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment