Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hubungan Malaysia-Indonesia Tetap Akrab – Megawati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hubungan Malaysia-Indonesia Tetap Akrab – Megawati

Spread the love

JAKARTA – Hubungan Malaysia dan Indonesia tetap akrab walaupun pemimpin silih berganti, kata bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri.

Katanya, beliau sendiri dapat merasai keakraban itu sejak menjadi naib presiden sehingga menjadi presiden Indonesia dan mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hubungan kita terus erat dan saya berharap hubungan silaturahim ini berterusan,” katanya pada majlis makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di kediaman Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini, malam tadi.

Megawati berkata, hubungan Malaysia-Indonesia dihormati kerana kedua-dua negara juga adalah peneraju ASEAN.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Zahrain, Datin Seri Che Mahani Ismail, Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna Laoly, Setiausaha Kabinat Pramono Anung, Gabenor Sulawesi Utara Olly Dondokambey, para pemimpin parti PDI-P serta pegawai kanan kedutaan.

Pada majlis itu tetamu dijamu dengan masakan Malaysia dan buah durian dari Malaysia termasuk jenis “Black Thorn”, dan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Zahrain dan Megawati.

Presiden kelima Indonesia itu dijadual berangkat ke Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada seminar mengenai jenayah seksual kanak-kanak esok.

Megawati atau nama sebenarnya Diah Permata Megawati Setiawati Soekarnoputri adalah anak kepada presiden pertama Indonesia Soekarno dan masih memimpin parti politiknya PDI-P sehingga sekarang.

Zahrain kemudiannya memberitahu pemberita, keakraban hubungan Malaysia dan Indonesia terbukti apabila bekas presidennya sanggup menghadiri majlis makan malam yang diadakan secara santai sahaja.

Katanya, Megawati dan rombongannya yang terdiri dari menteri dan para pemimpin parti PDI-P itu begitu gembira kerana dapat menghadiri majlis makan malam serta menikmati rasa durian dari Malaysia yang dibawa khas dari ibu negara.

Beliau berkata, kehadiran rombongan Megawati itu menzahirkan hubungan antara Malaysia-Indonesia bukan sekadar hubungan diplomatik malah ia ibarat hubungan dua saudara yang akrab. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mePcx7

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.