Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Lap Dapur Gas Kaca Dengan Kain Basah Semasa Masih Panas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Lap Dapur Gas Kaca Dengan Kain Basah Semasa Masih Panas

SEPANG – Laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) hangat dengan perbincangan mengenai dapur gas kaca seorang ahlinya, retak dan berkecai, bagaimanapun tidak dinyatakan punca keretakan tersebut. 
Bagaimanapun, beberapa ahli MAHN berkongsi pengalaman masing-masing yang juga pernah terkena situasi yang sama yang difahamkan berpunca dari beberapa kecuaian penggunanya sendiri. 
“Semasa dapur gas kaca seperti ini sedang panas, usahlah dilap dengan kain yang basah walaupun kuah atau air tertumpah sekali pun. Kena tunggu sejuk dulu, baru boleh dilap. Tak kira apa jenama terkemuka, itulah tipsnya,” kata Nurul Atiqah.
“Biarlah orang nak kata awak pengotor ke, pemalas ke dan dah masak tak reti lap dapur. Orang tak faham, kita nak menjaga keselamatan.
“Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa dapur gas kaca seperti ini tidak mampu menahan berat yang melampau kerana kebanyakan penggunaannya ‘ditanam’ dalam kabinet dan berat dapur gas disokong oleh kaca itu sendiri. 
“Senang cerita, jika ahli keluarga ramai, gunakan dapur gas yang klasik untuk keselamatan,” kata Cik Bunga. 
“Dapur kaca ini khas untuk yang built in, yang table topnya dipotong bentuk empat segi untuk memuatkan dapur gas kaca agar ada pengudaraan di bawahnya. 
“Bukannya diletakkan di atas table top seperti dapur gas biasa sebab tak ada pengudaraan di sebelah bawahnya. Jadi, bahang panas tidak dapat keluar atau dihalang table top akan mengakibatkan kaca itu panas dan retak,” kata Siti Noraida Johari.
Para pengguna khususnya golongan wanita terlebih dahulu membaca manual prosedur penggunaan dapur gas kaca yang disertakan, agar kejadian atau kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nstK92

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.