K’jasama Erat Kerajaan Negeri-Persekutuan Manfaatkan Sabah
Spread the love
TAWAU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama erat yang dijalinkan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan telah membawa banyak kebaikan kepada negeri ini.
Beliau berkata kerjasama peringkat kepimpinan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga membawa rahmat dan kemakmuran kepada semua lapisan rakyat di Sabah.
“Hubungan Datuk Seri Musa dan Datuk Seri Najib telah memberikan banyak kelebihan kepada Sabah. Apabila adanya jalinan hubungan antara pemimpin negeri dan persekutuan (erat), rahmat, syafaat yang datang bukan sahaja untuk individu tetap untuk rakyat Sabah keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jalinan Kasih 2017 anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan Umno Bahagian Kalabakan di sini, hari ini yang turut dihadiri Musa.
Ahmad Zahid berkata jalinan erat sedemikian perlu diteruskan dan kerajaan Persekutuan akan sentiasa menyokong kerjasama itu demi memanfaatkan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bekas pemimpin Umno dari Sabah kononnya berlaku pelbagai kepincangan, penyelewengan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan.
Ahmad Zahid berkata zaman ‘kerajaan betul semua’ dan ‘apa yang dilakukan kerajaan tiada kelemahan’ sudah berlalu berikutan kesedaran bahawa kerajaan dan kepimpinan negara bukannya maksum atau bebas daripada sebarang kesalahan.
Bagaimanapun, katanya kerajaan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada dan tidak akan mengamalkan sindrom penafian demi kebaikan negara dan rakyat.
Katanya pemimpin pembangkang di Sabah juga tidak sepatutnya menafikan usaha kerajaan negeri dan Persekutuan membawa pembangunan kepada Sabah kerana sikap sedemikian menunjukkan mereka tidak bersyukur atau berterima kasih.
“Kalau menafikan apa yang telah dibawa selama ini dan mahu menghapus kira apa yang telah kita lakukan dari segi pembangunan, kemajuan, pendidikan dan bidang lain maka, ia sebenarnya menafikan apa yang ALLAH telah berikan kepada kita,” katanya. – BERNAMA
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment