Hi! Welcome Back and Stay Tune! KMC Dapat Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KMC Dapat Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi

Spread the love

ALOR SETAR – Pusat Perubatan Kedah (KMC) menjadi hospital swasta pertama negeri ini yang menerima pengiktirafan ‘Hospital Rakan Bayi’ dari Kementerian Kesihatan.

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, pengiktirafan yang diterima adalah hasil kesungguhan pusat perubatan itu yang melaksanakan program tersebut bagi menggalakkan ibu-ibu menyusukan bayi mereka sebaik bersalin.

Katanya, Hospital Rakan Bayi adalah satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) yang dilancarkan sejak 1991, bagi menggalakkan semua hospital dan pusat bersalin mengamalkan penyusuan bayi sepenuhnya.

“Objektif Hospital Rakan Bayi adalah untuk melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu iaitu dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Plak dan Sijil Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi di KMC, di sini, hari ini.

Dr Norhizan berkata, pengiktirafan Hospital Rakan Bayi yang diberikan oleh kementerian pada 22 Nov lalu adalah hasil kejayaan hospital berkenaan melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan ibu kepada pesakitnya.

Antaranya ialah hospital itu mesti mempunyai dasar bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatannya secara berkala, melatih anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan dasar itu.

Memaklumkan kepada semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu serta memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.

“Pelaksanaan program ini juga membantu ibu menyusukan bayi ketika berada di hospital dan memahaminya sebelum meneruskan amalan itu apabila kembali ke rumah.

“Ia bersesuaian dengan Dasar Penyusuan Susu Ibu Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sejak 1993 untuk menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka hingga mencapai usia dua tahun,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncyinR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.