Malaysia Juarai Pusingan Kedua WHL2
SKUAD hoki negara yang memenangi pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencapai sasaran apabila menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) selepas menewaskan China 5-3 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Maulana Bhasari Dhaka, Bangladesh, sebentar tadi.
Terdahulu, Najmi Farizal Jazlan muncul wira apabila jaringan lewatnya memastikan skuad negara bangkit mengikat China 2-2 pada masa sebenar untuk mengheret aksi ke penentuan penalti.
Benteng anak buah Stephen Van Huizen terlebih dulu bocor pada minit ke-15 dengan pakar flick China, Du Talake membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti untuk gol ke-10 peribadinya.
Su Jun kemudian menjadikan 2-0 pada minit ke-22 hasil gerakan padang.
Malaysia yang enggan dimalukan oleh lawan yang berada lima ranking di bawah mereka, kembali memperkemaskan asakan dan memperoleh beberapa peluang terhidang di suku ketiga.
Namun, semua percubaan itu berjaya dinafikan ketangkasan penjaga gol China.
Shahril Saabah kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-46 menerusi pukulan sudut penalti sebelum gol sulung Najmi Farizal Jazlan (55) memastikan skuad negara mengheret China ke penentuan penalti.
Biarpun tewas, China tetap mengiringi Malaysia ke saingan separuh akhir WHL 2017.
Mesir pula yang menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Oman 5-1 pula perlu menunggu sehingga berakhir dua lagi kempen WHL2 untuk memastikan sama ada layak atau sebaliknya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myNRmG✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment