Lee Chong Wei Juara Seluruh England
Spread the love
JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mudah ‘mengajar’ pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.
Chong Wei membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila tidak berdepan masalah membenam pemain berusia 21 tahun itu secara straight set dalam tempoh 45 minit.
Keputusan ini sekali gus menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit apabila meraih mahkota berprestij itu buat kali keempat selepas kali terakhir pada 2014.
Kemenangan di Birmingham itu juga membolehkan Chong Wei melebarkan penguasaan ke atas Yuqi kepada tiga kemenangan selepas mengecewakan pemain terbabit pada Terbuka Kanada 2015 dan Terbuka Jepun 2016.
Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957. – Berita Harian
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment