Kids News Perkasa Konvensyen Kanak-Kanak
Spread the love
PADA 1989 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan Konvensyen Hak Kanak-Kanak dengan menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak.
Sejak itu, kanak-kanak bukan lagi berada dalam lingkungan pasif sebagai warga dunia.
Pelaksanaan konvensyen ini diawasi Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB.
Bagi 10 juta kanak-kanak di negara ini, nikmat konvensyen ini diperteguhkan sejak hari pertama pelaksanaannya pada 4 November 28 tahun lalu.
“Cuma pemerkasaan konvensyen ini perlu diperteguhkan sesuai dengan period menuju tiga dekad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Izelan Basar.
Justeru katanya, mewujudkan hak informasi eksklusif untuk kanak-kanak adalah paradigma terbaharu dalam menjadikan iltizam konvensyen ini lebih bermakna.
Sebagai sokongan berterusan kepada kanak-kanak, mulai 31 Mac ini, TV Alhijrah akan melancarkan Kids News, program berita kanak-kanak eksklusif untuk 10 juta warga negara ini yang berusia antara 5 hingga 12 tahun serta lingkungan kanak-kanak dalam takrif konvensyen yang ditanda tangani 193 negara.
“Ia program berita yang menjadikan kanak-kanak memiliki struktur informasi tersendiri.
Aliran berita yang prominan untuk pembangunan sahsiah dalam pelbagai isu yang penting bagi pembangunan minda anak-anak kita,” kata Izelan.
Sidang media pelancaran Kids News akan diadakan pada 30 Mac di TV Alhijrah Kuala Lumpur.
Dengan format 15 minit sehari, pelbagai kandungan informasi berkaitan pendidikan sains dan teknologi, moral, pendidikan agama, sukan, hiburan Islamik dan seni akan menjadi tema pemberitaan.
Pada masa ini TV Alhijrah agresif menjalankan audisi mencari bakat pembaca dan wartawan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Bagi yang berminat, sila hubungi 019 2532968 atau 01121868411. – Mynewshub.cc
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment