Piala FA: Sabah Sedia Kejutkan NS
KETUA Jurulatih Pasukan Bola Sepak Sabah, Steve Vilmiaire. – Foto Malai Rosmah Tuah
KOTA KINABALU: Pasukan Sabah kini mengintai peluang untuk mencipta kejutan selepas diundi bertemu pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan (NS) bagi aksi suku akhir Piala FA.
Pun begitu, pengendalinya Steve Vilmiaire mengakui mereka berdepan tugas sukar menundukkan anak buah Mohd Asri Ninggal yang masih lagi belum tewas musim ini.
Namun, katanya, mereka optimis kerana `apa saja boleh terjadi dalam sukan bola sepak’.
“Ianya sukar (undian suku akhir Piala FA). Kita mungkin berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir tetapi tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.
“Kita bukan pilihan dalam pertemuan ini. Ianya terpulang kepada kami untuk membuat kejutan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Perancis itu juga mahu anak buahnya memanfaatkan aksi di laman sendiri bagi mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan untuk aksi suku akhir kedua.
“Kita perlu mengambil peluang ketika beraksi di gelanggang sendiri. Walaupun pernah tewas sebelum ini namun perlawanan suku akhir ini tidak akan sama dengan perlawanan yang lalu.
“Jadi, kami akan bekerja keras untuk mempamerkan kebangkitan pada aksi kali ini,” katanya.
Pertemuan terakhir menyaksikan Sang Badak tewas 3-0 di tangan skuad Hobin Jang Hobin pada aksi pembukaan Liga Perdana, Januari lalu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncsWJ8✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment