Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Selepas rakam lagu di Jakarta nanti, saya nak tunai umrah” – Ben Nathan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Selepas rakam lagu di Jakarta nanti, saya nak tunai umrah” – Ben Nathan

Penyanyi yang terkenal sekitar era 80-an, Ben Nathan merancang untuk ke Mekah bagi mengerjakan Umrah selepas selesai merakam lagu di Jakarta, Indonesia. Ben atau nama Islamnya, Ben Adam Abdullah, 54, menyuarakan hasrat itu sewaktu ditemui wartawan selepas muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV, Angkasapuri, di ibu negara pada Ahad.

“Selepas merakam lagu di Jakarta nanti, saya merancang untuk menunaikan Umrah. Di samping beribadah, saya juga ingin merakamkan muzik video lagu baharu tersebut di sana, “ jelasnya.

Dalam pada itu, Ben turut berkongsi pengalamannya sepanjang menerima rawatan di Wad Psikitri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak sebulan lalu.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan membantu saya selama ini.

“Saya juga sangat berpuas hati dengan layanan pihak hospital. Saya mengikut semua peraturan di sana memandangkan saya pesakit mereka.

“Pihak hospital turut menyedia pelbagai aktiviti untuk saya bersama pesakit lain seperti bermain karom dan sesekali saya menghiburkan mereka dengan nyanyian saya,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, memberitahu majlis makan tengahari serta konsert amal yang dirancang oleh YA1M akan diadakan pada 21 Mei ini.

“Pihak yayasan dan Jojo Events menetapkan 21 Mei ini untuk melangsungkan Konsert Kasih dah Harapan Ben Nathan yang akan diadakan di Saloma Bistro.

“Saya amat mengalu-alukan kehadiran artis-artis untuk membuat persembahan amal pada konsert tersebut. Kami juga akan menjual meja untuk peminat yang ingin menyaksikan konsert ini sambil beramal,” jelasnya.

Ben yang pernah popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu sebelum ini pernah menjadi perhatian masyarakat dan media apabila tersebar video mengenai kehidupannya sebagai gelandangan.

Berikutan video berkenaan yang menjadi tular, pelbagai pihak tampil membantu penyanyi itu. – Utusan Online

The post “Selepas rakam lagu di Jakarta nanti, saya nak tunai umrah” – Ben Nathan appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mWIOz4

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.