PAS Ingatkan DAP Jangan Pandang Rendah Tabliqh!
Spread the love
KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan DAP supaya tidak memandang rendah kepada gerakan Tabliqh yang mampu menumbangkan parti itu di Pulau Pinang jika mereka mahu berbuat demikian.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP perlu menyedari bahawa Tabliqh memiliki ramai ahli di Pulau Pinang yang kini diperintah oleh kerajaan DAP.
“Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit di samping kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain.
“Jika digembeling akan mewujudkan Tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” katanya semalam.
Beliau mengulas kritikan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari ke atas PAS kelmarin yang pada masa sama seolah-olah memperlekehkan gerakan Tabliqh.
Zairil menyarankan PAS supaya tidak menyertai politik dan menjadi tabligh jika mahu terus bercakap tentang mendapat keredhaan Allah S.W.T dan pembalasan akhirat.
Dakwa Zairil, sikap PAS menyebabkan parti tersebut tidak memiliki wawasan untuk mengubah dasar negara ini supaya lebih adil kepada semua.
“Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” kata Zairil.
Mengulas lanjut, Mohd. Zuhdi berkata, PAS mengakui bahawa parti itu memiliki persamaan dengan Tabliqh yang mementingkan aspek kerohanian Islam.
Jelasnya, PAS mementingkan perkara itu supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak melakukan kemungkaran seperti menjadi kaki kelab malam dan berpeleseran dengan wanita bukan mahram.
Kata beliau, pimpinan yang berakhlak tinggi dan berintegriti lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta Jamaah Tabligh.
Justeru, katanya, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinist seperti yang dilahirkan oleh DAP.
Baru-baru ini tersebar satu rakaman video dipercayai Zairil sedang menari dan ghairah berpelukan dengan pemimpin DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di sebuah kelab malam.
Beberapa tahun lalu turut tersebar gambar selfie kedua-dua pemimpin Melayu DAP terbabit sedang berpeluk dan bercium dalam kereta.
Seperti kebiasaan strategi pembangkang mengelak sebarang isu melibatkan mereka menjadi panas atau mengundang kemarahan rakyat, Zairil dan Dyana Sofya turut mengunakan pendekatan serupa iaitu buat tidak tahu dan mendiamkan diri. – Mynewshub.cc
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment