Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bakal Muncul Album Baru, Ziana Zain Cerewet Pilih Lagu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bakal Muncul Album Baru, Ziana Zain Cerewet Pilih Lagu

12 Mac 2017. 1.33 PM

Hiburan

Bakal Muncul Album Baru, Ziana Zain Cerewet Pilih Lagu
Penyanyi terkemuka Ziana Zain mengakui dirinya bersifat cerewet untuk memilih lagu yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.

Sedang dalam proses mengumpul material album studio terbaru, Ziana mahu memberikan hasil yang terbaik buat peminatnya.

“Saya memang agak cerewet dan bersikap memilih, lebih-lebih lagi perkara tersebut melibatkan lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru. Album baru adalah tanda aras portfolio seorang penyanyi, seterusnya menjadi buah tangan terbaru kepada peminat yang sudah lama menanti.

“Tak salah jika saya bersifat memilih, semunya untuk kebaikan saya dan peminat yang mahu mendengar kelak. Jika dulu, saya tidak mempunyai kata putus kerana terikat dengan syarikat rakaman. Apabila saya sudah bergerak sendiri, saya mahu menghasilkan produk yang benar-benar bermutu buat semua peminat,” kata Ziana ketika ditemui usai program Knock Knock Apa Ittew Faizdickie baru-baru ini.

Menjadi tetamu untuk program bual bicara santai kelolaan Faizdickie yang disiarkan menerusi laman Instagram @faizdickievp, Ziana hadir mempromosikan hijab jenamanya, Ziana Zain’s World.

“Pembabitan saya dalam program bual bicara santai ini adalah kerana saya kagum dengan bakat dan idea anak muda seperti Faizdickie.

“Dia mempunyai landasan yang kuat dalam media sosial dan tak salah untuk saya mempromosikan jenama hijab saya menerusi program bual bicara santai ini,” katanya lagi.

Penglibatan Ziana dalam program Knock Knock Apa Ittew Faizdickie dibawakan khas oleh portal membeli-belah Section 1.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQrgVF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.