Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ben Nathan Semakin Pulih, Sedia Bertemu Peminat – DJ Dave - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ben Nathan Semakin Pulih, Sedia Bertemu Peminat – DJ Dave

KUALA LUMPUR: Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu ‘Stanza Sepi Sekeping Hati’, kini bersedia untuk kembali bertemu peminatnya.

Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave, individu yang bertanggungjawab membawa penyanyi tersebut menjalani rawatan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

DJ Dave berkata Ben Nathan kini lebih bersemangat walaupun masih menerima rawatan dan beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk membantunya kembali pulih.

“Dia sudah pulih 80 peratus dan masih menjalani rawatan di hospital dan di wad pun dia sangat aktif serta berkelakuan baik.

“Apa yang orang ramai cakap negatif mengenainya adalah tidak betul, saya ingin jelaskan lagi sekali yang dia bukanlah penagih dadah, dia bersih dan saya percaya dia sama seperti dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

DJ Dave berkata YA1M akan menganjurkan Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan bagi menghargai sokongan peminat artis tersebut.

“Itu merupakan fasa kedua yang akan dilaksanakan YA1M selepas beliau betul-betul sihat dan sudah bersedia menghiburkan peminat setianya,” katanya.

YA1M turut akan membawa Ben Nathan ke Jakarta, Indonesia bagi menunaikan impiannya merakam kembali lagu hit beliau dan lagu baharu.

Sementara itu, Ben Nathan yang turut menjadi tetamu rancangan itu melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan dan berterima kasih kepada rakan karibnya itu serta kakitangan HKL.

“Bila saya buat persembahan hari ini saya rasa puas, semua rawatan dan khidmat yang diberikan pihak hospital saya ikut bagi memastikan saya bersedia untuk kemunculan semula nanti,” katanya.

Awal tahun ini, video mengenai Ben Nathan tular di laman sosial Facebook memaparkan penyanyi itu merayau-rayau tanpa tujuan di ibu negara.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mfeaNE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.