Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anita Sarawak, Rahimah Rahim Dimasuk Dalam Dewan Kemasyuran Wanita Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anita Sarawak, Rahimah Rahim Dimasuk Dalam Dewan Kemasyuran Wanita Singapura

SINGAPURA: Diva pop 70-an dari Singapura, Anita Sarawak dan Rahimah Rahim bakal menjadi artis pertama dibariskan di Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura (SWHF), lapor akhbar The Straits Times hari ini.

Ia berkata SWHF dilancarkan oleh Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) pada 2014 bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang golongan wanita kepada Singapura.

Penaung SCWO, Mary Tan yang juga isteri Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam akan menyampaikan trofi kepada mereka atau wakil mereka dalam majlis makan malam gala pada 24 Mac di hotel Shangri-La.

Penghargaan kepada Anita dan Rahimah adalah penting kepada industri muzik Singapura, komposer dan penghibur Singapura, Dick Lee dipetik sebagai berkata.

Laporan akhbar itu memetik Rahimah, 61, yang akan membuat persembahan di majlis penganugerahan itu sebagai berkata beliau merasa amat dihargai untuk dipilih.

“Saya selalunya tidak dapat berkata-kata. Pada majlis itu ucapan saya akan dibuat menerusi lagu yang akan saya pilih pada malam itu,” katanya.

The Straits Times turut melaporkan Anita yang menetap di Amerika Syarikat tidak dapat hadir nanti.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mKU9Ce

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.