Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barty Ke Suku Akhir Tenis Terbuka Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barty Ke Suku Akhir Tenis Terbuka Malaysia

ASHLEIGH Barty membalas pukulan Miyu Kato pada aksi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 di TPC Kuala Lumpur, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kriket, Ashleigh Barty menampilkan prestasi terpuji untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 di TPC Kuala Lumpur, hari ini.

Pemain Australia berusia 20 tahun itu hanya mengambil masa 58 minit untuk menewaskan pemain Jepun, Miyu Kato 6-0, 6-3 pada aksi pusingan kedua

Juara remaja Wimbledon 2011 itu yang kini menduduki ranking ke-158 dunia, dijadual berdepan pemain China, Zhang Kai Lin untuk menempah slot ke separuh akhir.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Barty bertekad mengekalkan momentum kemenangannya untuk layak dalam kelompok empat pemain terbaik pada kejohanan berkenaan selepas mula beraksi daripada pusingan kelayakan.

“Keputusan di kedua-dua set agak baik walaupun perlawanan itu sangat sengit. Saya sudah banyak kali beraksi di sini, dan keadaan ini bukan mudah bagi setiap pemain. Ia permulaan yang baik musim ini kerana saya telah berusaha keras sejak tahun lepas untuk mendapatkan kembali rentak permainan,” katanya.

Mula bermain tenis seawal usia lima tahun, beliau membuat keputusan mengundurkan diri daripada sukan berkenaan pada 2014 atas sebab-sebab peribadi, dan mula menceburi kriket dengan menyertai pasukan Brisbane Heat untuk kejohanan sulung Liga Big Bash Wanita.

Selepas hampir dua tahun meninggalkan gelanggang tenis, beliau merasakan kerjayanya yang sebenar adalah dalam tenis, dan kembali aktif pada awal tahun lepas.

“Ia tempoh yang baik berehat daripada bermain tenis…merasai keseronokan dalam sukan berpasukan. Bagaimanapun, saya mula merindui tenis, dan saya merasakan sukan ini paling sesuai bagi saya. Selepas membuat kemunculan semula, permainan tenis saya bertambah baik…semakin bijak dan matang,” katanya.

Pada satu lagi perlawanan, pemain China Han Xinyun menamatkan impian pemain yang mara daripada pusingan kelayakan, Anna Kalinskaya dari Rusia, ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 6-3, 6-0, manakala pilihan keenam Wan Qiang dari China menewaskan rakan senegara Zheng Saisai 6-1, 6-1.

Sementara, pilihan kelima Duan Ying-Ying dari China terpaksa berhempas pulas hampir dua jam sebelum mengalahkan pemain Sepanyol, Sara Sorribes Tormo 6-0, 4-6, 7-5.

Dalam acara beregu, gandingan Elise Mertens dari Belgium dan pemain Turki Ipek Soylu, mengejutkan pasangan pilihan kedua Shuko Aoyama dari Jepun dan pemain China Yang Zhaoxuan 6-2, 3-6, 7-5 (10-5) untuk mara ke separuh akhir.

BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYuCnF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.