Hart Enggan Pulang Ke City
JOE Hart (kiri) tidak akan pulang ke Liga Perdana Inggeris selepas tempoh pinjamannya ke Torino. – Foto Reuters
LONDON: Joe Hart tidak akan pulang ke Liga Perdana Inggeris selepas tempoh pinjamannya ke Torino kerana penjaga gol England itu yakin bukan pilihan utama di kelab asalnya, Manchester City.
Hart yang menyertai kelab Itali itu secara pinjaman sepanjang musim ini selepas menyedari tidak akan menjadi pilihan utama di bawah pengendali Pep Guardiola, berasa lebih baik bermain di kelab yang mahukan khidmatnya sebagai penjaga gol utama.
“Saya boleh katakan saya bukan pilihan di kelab asal dan saya tidak lihat ia akan berubah,” katanya.
“Saya cintakan Liga Perdana. Saya cukup kenal tetapi saya tidak akan katakan yang ia adalah keutamaan dalam senarai impian saya.”
Guardiola menandatangani Claudio Bravo dari Barcelona pada awal musim dengan Willy Caballero sudah berada dalam skuad.
Hart, 29, menghormati keputusan pengendali itu untuk menggantikannya.
“Dia tidak melakukannya untuk merosakkan hidup saya, sebaliknya beranggapan ia adalah apa yang baik untuk mencari kemenangan sebagai pengendali.
“Untuk mendapatkan keputusan positif, dia perlu mempunyai pasukan yang dianggap selesa dan pemain yang dikehendakinya.
“Saya tidak berada dalam kategori itu dan ia bukan satu masalah.” – Reuters
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mHkUH5✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment