Influenza A (H3): 216 Pelajar Di Tiga Sekolah Di Ipoh Dikuarantin
IPOH: Sejumlah 216 pelajar di tiga sekolah dalam daerah Kinta di sini dikuarantin kerana mengalami gejala Influenza A (H3) atau selesema bermusim, kata Exco Kesihatan Perak, Datuk Mah Hang Soon.
Bagaimanapun, Mah tidak menetapkan sebarang tempoh kuarantin sebaliknya kesemua pesakit akan dipantau sehingga pulih sepenuhnya.
“Mereka terdiri daripada 129 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Tunku Abdul Rahman (84) dan 3 pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang.
“Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan berkala kepada kesemua pesakit yang ditempatkan dalam blok asrama sekolah masing-masing,” ujarnya.
Ibu bapa atau waris juga tidak dibenarkan berjumpa pesakit bagi mengelak wabak tersebut merebak.
Tiga pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang pula diarah kuarantin di rumah masing-masing.
Beliau turut menafikan mesej yang tular di media sosial pada ketika ini yang mendakwa pelajar tersebut dijangkiti virus H1N1 atau selesema babi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nl0ock✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment