Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenazah Pelajar Lemas Di New Zealand Tiba Di KLIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenazah Pelajar Lemas Di New Zealand Tiba Di KLIA

Spread the love

SEPANG – Jenazah pelajar Malaysia yang lemas di New Zealand Ahad lepas, Abdul Azim Amzar Azmi, 21, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Belukar, Hutan Kampung, Alor Setar sebelum solat Jumaat esok.

Jenazah Allahyarham tiba dari Auckland dengan pesawat Malaysia Airlines MH130 yang mendarat di KLIA kira-kira pukul 8.56 malam tadi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Dari Kompleks Kargo KLIA, jenazah Allahyarham dibawa ke Balai Polis KLIA bagi urusan dokumentasi sebelum dibawa ke kampung halaman diiringi adik perempuan arwah, Aziatul Farisha Azmi, 19, bersama sepupu dan bapa saudara.

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham meninggalkan Balai Polis KLIA pada kira-kira pukul 11.17 malam untuk ke Alor Setar.

Allahyarham yang merupakan pelajar tajaan Mara adalah penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di tasik itu petang Ahad.

Aziatul Farisha yang ditemui di Masjid KLIA sebelum jenazah abangnya tiba berkata, ketika menghabiskan cuti selama tiga bulan di kampung bulan lepas abangnya lebih banyak mendiamkan diri dan lebih gemar makan bersendiran berbanding sebelum ini mereka sering makan bersama seisi keluarga.

Ditanya mengenai kata-kata terakhir Allahyarham, Aziatul Farisha berkata, Allahyarham tidak memberi sebarang pesanan sebelum pulang ke New Zealand pada 21 Februari lepas.

“Namun, awal pagi tadi saya bermimpi terdengar suara arwah abang mengucapkan terima kasih sebab semua doakan dirinya. Abang kata dia sudah bahagia di tempatnya dan minta saya jangan risau. Saya tidak nampak wajah abang dalam mimpi itu cuma terdengar suaranya sahaja,” katanya sebak.

Turut berada di Masjid KLIA ialah Timbalan Pengarah Pejabat Antarabangsa University of Waikato, Margaret Anderson yang kebetulan berada di Malaysia atas urusan kerja pada masa ini dan mengambil peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan keluarga. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lzxKTC

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.