Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Polis Negara Sangkal Dakwaan Kim Chol Meninggal Kerana Serangan Jantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Polis Negara Sangkal Dakwaan Kim Chol Meninggal Kerana Serangan Jantung

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyangkal dakwaan oleh Korea Utara bahawa Kim Chol kemungkinan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Khalid kata pakar Malaysia telah pun mengesahkan bahawa Kim Chol mati selepas dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

“Kita mempunyai pakar-pakar yang berkelayakan untuk menentukan punca kematian Kim Chol. Siasatan kita dan disokong oleh laporan pakar mengesahkan bahawa Kim Chol dibunuh. Korea Utara boleh menyatakan apa yang mereka suka tetapi fakta itu kekal,” kata beliau ketika dihubungi oleh Bernama News Channel hari ini.

Khalid berkata demikian susulan dakwaan oleh jurucakap rasmi kedutaan Korea Utara Ri Tong-il semasa sidang media hari ini bahawa Kim Chol meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan diracun.

Sementara itu, Khalid berkata tidak perlu untuk menyerahkan sampel bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu kepada Organization for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW).

Kim Chol mati pada 13 Feb selepas dua wanita menyapu mukanya dengan cecair beracun di klia2 semasa menunggu untuk menaiki penetrbangabn ke Macau.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPL7QF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.