Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Dikuatkuasa – Liow - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larangan Berbasikal Di Lebuhraya Dikuatkuasa – Liow

Kerajaan telah menguatkuasakan larangan aktiviti berbasikal berkumpulan di lebuhraya terutama laluan yang mempunyai tiga lorong.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kemalangan melibatkan penunggang basikal berikutan perbezaan kelajuan yang amat ketara antara basikal dan kenderaan lain, laporan Bernama.

“Kementerian Pengangkutan sentiasa tingkatkan kempen keselamatan jalan raya dan berusaha dengan agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan penguat kuasa tempatan.”

“Kami juga akan pastikan jalan raya yang sepatutnya untuk kenderaan bermotor lebih selamat dengan tidak membenarkan basikal, termasuk yang diubah suai, menggunakan laluan lebuh raya kerana laluan ini tiga lorong dan menyebabkan kenderaan laju serta meningkatkan risiko kemalangan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi mengurangkan risiko kemalangan penunggang basikal selepas insiden lapan remaja maut dilanggar di Johor Bahru, bulan lepas.

Katanya lagi, sekiranya kumpulan berbasikal ingin menggunakan lebuh raya, mereka perlu mendapatkan permohonan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis untuk memantau keselamatan konvoi berkenaan. Penunggang basikal juga hendaklah memakai pakaian keselamatan semasa menunggang. Bagi penunggang basikal bawak umur, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak mereka semasa menyertai aktiviti berbasikal.

<!–

 

–>

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJw9zy

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.