Podolski Sertai Kelab Vissel Kobe Jepun
PEMAIN skuad juara Piala Dunia Jerman, Lukas Podolski. – Foto AFP
TOKYO: Pemain skuad juara Piala Dunia Jerman, Lukas Podolski menyertai kelab Jepun Vissel Kobe, kata kelab J-League itu dalam satu kenyataan hari ini.
Berbeza dengan nama-nama besar lain yang memilih China sebagai destinasi lubuk emas, penyerang 31 tahun itu memilih Jepun selepas bersama kelab Turki, Galatasaray sejak tahun 2015.
Kobe tidak memberikan butiran terperinci perjanjian itu, tetapi difahamkan Podolski menandatangani kontrak tiga tahun bernilai AS$15 juta (RM66.7 juta).
Pemain veteran tiga Piala Dunia dan peledak hebat Jerman itu mengesahkan perpindahan itu di akaun Instagram peribadinya.
“Saya boleh sahkan yang di akhir musim ini saya akan menyertai Vissel Kobe dari J-League di Jepun,” kata pemain kelahiran Poland itu.
“Saya buat keputusan ini untuk memburu cabaran baharu, dan saya akan jelaskan lebih lanjut apabila tiba masanya.”
Podolski dinobatkan pemain muda terbaik Piala Dunia 2006, mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di kejohanan itu.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lickzn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment