Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Thailand Antara 2 Maut Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Thailand Antara 2 Maut Kemalangan

Spread the love

TAPAH – Dua termasuk seorang lelaki warganegara Thailand maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 354 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara sebelum Hentian Sebelah Ladang Bikam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.47 malam itu, seorang daripada mangsa yang maut dikenali sebagai Huen Chee Hon, 30, manakala identiti lelaki warga Thailand itu belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata kemalangan berlaku apabila pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dinaiki mangsa gagal mengelak daripada melanggar bahagian belakang sebuah lori yang tiba-tiba bertukar arah ke lorong kanan.

“Kereta itu dipercayai berpusing beberapa kali menyebabkan kedua-dua mangsa yang masing-masing duduk di kerusi penumpang hadapan dan belakang dan tidak memakai tali pinggang keledar tercampak ke cermin hadapan.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan muka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Som Sak berkata mayat kedua-kedua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Pemandu Velfire, Lim Wai Siong, 33, hanya mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori Mohd Rosli Abd Halim, 53, tidak cedera, katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5kCLo

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.