Tiada Kelibat Dua Rakyat Malaysia Dari Korea Utara Di KLIA
SEPANG: Tiada kelibat dua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan Pyongyang pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka yang dijangka pada awal akan kembali ke Malaysia malam ini adalah petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WFP), Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy.
Kira-kira pukul 4 petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Twitternya mengesahkan kedua-dua mereka selamat tiba di Beijing dari Pyongyang.
Pada masa sama, jurucakap WFP mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.
BACA: Stok makanan halal rakyat Malaysia di Korea Utara terbatas, bertahan kurang seminggu
BACA: Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan – Ibu Iza
Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.
Kementerian Luar Malaysia memberitahu seramai 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, terdiri daripada tiga kakitangan kedutaan, enam ahli keluarga dan dua pekerja PBB.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6KWQZ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment