Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Warga Emas Lahirkan Anak Pada Usia 73 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Warga Emas Lahirkan Anak Pada Usia 73 Tahun

Spread the love

“IA lebih sukar daripada apa yang saya bayangkan,” demikian kata warga emas ini, Daljinder Kaur yang berusia 73 tahun.

Dia mengejutkan ramai selepas mendapat anak sulung pada usia 72 tahun menerusi rawatan IVF yang dijalankan dengan suaminya, Mohinder Singh Gill, 80, selepas beberapa kali gagal mendapat anak.

Kini anak lelaki mereka, Armaan sudah berusia 11 bulan. Dengan usia tua berkenaan, Daljinder yang menetap di Punjab, berdepan kesukaran untuk menjaga Armaan apatah lagi bayi berkenaan sudah mula merangkak.

Daljinder turut menghidap darah tinggi dan sendi tulang yang lemah.

“Sejak menghidap tekanan darah tinggi, saya selalu letih. Saya telah bertemu dengan beberapa orang doktor dan mereka hanya memberikan ubat sahaja,” katanya yang bimbang akan nasib anaknya itu.

Pada usia tua berkenaan, Daljinder hanya sempat memberi Armaan susu badan selama tiga bulan sahaja. Berat bayi itu juga ringan iaitu hanya 6.8kg sahaja.

Daljinder dan suaminya telah menemui doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai berat anak mereka namun doktor mahu Armaan membesar secara normal tanpa mengambil sebarang ubat.

`Pasangan itu berkahwin selama 46 tahun dan kini mereka terpaksa menjaga kesihatan masing-masing, kerana bimbang tiada orang yang akan menjaga Armaaan sekiranya mereka sakit.

Bagaimanapun pasangan itu tidak menyesal kerana mendapat anak pada usia yang tua. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5THiD

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.