2 Gol Lukaku Bantu Everton Atasi Leicester
LUKAKU meneruskan rentetan jaringannya kepada 23 gol dengan dua jaringan. – Foto Reuters
LONDON: Romelu Lukaku meneruskan rentetan jaringannya kepada 23 gol dengan dua jaringan ketika Everton menamatkan enam kemenangan berturut-turut Leicester City dengan kemenangan 4-2 di laman sendiri, sebentar tadi.
Everton kini berkedudukan sama di tangga keenam dengan Arsenal, namun bermain lebih tiga perlawanan selepas mengganggu usaha pengurus Leicester, Craig Shakespeare untuk enam kemenangan dalam liga dan ketujuh secara keseluruhan.
Pemain tengah berusia 18 tahun, Tom Davies meletakkan Everton di depan selepas hanya 31 saat menerusi bola yang dihantar oleh Kevin Mirallas.
Demarai Gray mengumpan bola buat Islam Slimani untuk menyamakan kedudukan pada minit keempat dan enam minit kemudian sepakan percuma Marc Albrighton mengatasi penjaga gol Joel Robles untuk meletakkan Leicester di depan.
PEMAIN Leicester City, Demarai Gray (tengah) bersaing dengan pemain Everton, Idrissa Gueye dan Romelu Lukaku dalam aksi EPL di Goodison Park. – Foto Reuters
Namun Lukaku menyamakan kedudukan pada minit ke-23 selepas menerima hantaran baik oleh Ross Barkley, dan selepas Phil Jagielka menanduk masuk dari hantaran lintang, Lukaku meledak jaringan kedua berbaki setengah jam permainan.
Leicester, yang akan berkunjung ke Atletico Madrid awal pagi Khamis ini waktu Malaysia pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara kekal di tangga ke-11. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2phOZLA✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment