5 Tempat Makan Di KL Ini Yang Buat Aku Rindu
Weekend lepas, aku ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana, aku bermalam di hotel ibis Styles KL Fraser Business Park yang terletak tidak jauh dari kawasan KLCC dan Bukit Bintang.
Seperti kebiasaan, aku mengambil peluang untuk mencuba makan di kedai-kedai yang terletak berhampiran dengan hotel aku ini.
Daripada 7 tempat makan yang aku cuba, terdapat 5 makanan yang membuatkan aku teringat-ingat pada bandar ini.
1. Thali di Level 4, sTreats Restaurant & Bar @ ibis Styles KL Fraser Business Park
Restoran ni tak jauh pun, dalam bangunan hotel aje (Tingkat 4) . Siapa yang nak rasa Thali ini, kena datang antara pukul 12.00 tengahhari – 3.00 ptg ; 6.30 petang sehingga 8.30. Korang boleh pilih samada mahu nasi putih atau capati ataupun prata sebagai main dish dan ini kemudiannya dilengkapi dengan lapan ‘side dish’ yang berbeza. Tanpa side dishes ni, tak sampai rasa dia.
Jenis-jenis side dishes yang dihidangkan adalah seperti Sambar, Raitha, Pickle Mango, Snakeground Masala, Buah-buahan, Dhal Tadka, Kari [email protected] Varuval.
Apa lagi menarik tentang hidangan Thali ini, ada dua jenis hidangan (Vege dan Non Vege). So kepada yang vegetarian ni, korang jangan risau nak makan di sini. Harga sekarang tengah promosi, RM25 per set (termasuk air). Buy 1 free 1, sampai 31 Mei 2017.
2. Medan Ikan Bakar di Jalan Bellamy
Satu-satunya kedai ikan bakar yang paling sedap dan laris di Kuala Lumpur adalah di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy. Lokasi tempat ni terletak di belakang Muzium Diraja, lebih kurang 7 – 10 minit dari tempat aku menginap. Buka dari 11.00 pagi sehingga 2.00 petang (Isnin-Sabtu)
Di Medan Ikan Bakar, terdapat banyak kedai. Tapi, korang tak perlu risau sebab semua kedai menyediakan jenis ikan dan makanan yang sama.
Apa yang menarik di Medan Ikan Bakar adalah sambal perapan ikan yang pedas dan manis, dicicah pula dengan sambal kicap serta sambal belacan. Tambahan pula, ikan telah dibakar terlebih awal. Jadi, korang tak perlu risau untuk tunggu lama. Pelbagai jenis ikan ada disini, antara yang paling laris dijual adalah Ikan Pari dan Ikan Terubok. Selain dari ikan, sotong dan kerang bakar juga ada dijual. Harga makanan di sini semuanya berpatutan,
– Seketul Ikan Pari, antara RM10-RM15
– Seekor Ikan Terubok dan Cencaru, antara RM10-RM30
– Seekor Sotong, antara RM10-RM20
– Semangkuk Kerang bakar, antara RM7-RM15
Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Bellamy, 50460 Kuala Lumpur
3. Rojak Ayam di Jalan Bellamy
Rojak Bellamy ini terletak berdekatan dengan Ikan Bakar Bellamy. Rojak Bellamy ini merupakan antara kedai yang tertua di Kuala Lumpur yang menjual rojak istimewa. Apa yang menarik tentang Rojak Bellamy ini adalah Rojak Sotong. Kebanyakan pelanggan tetap yang datang ke sini pasti akan pilih Rojak Sotong tersebut. Gabungan kuah rojak, sotong dan rojak itu sendiri pasti membuatkan korang ingin makan lebih dari sepinggan. Harga untuk sepinggan rojak lebih kurang RM4 – RM7.
Lokasi Rojak Bellamy ini terletak bersebelahan dengan Kedai Koperasi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA). Waktu operasi antara pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang (setiap hari)
Alamat: PERNAMA, Jalan Bellamy, 50460 Kuala Lumpur
4. Kari kepala ikan di Restoran ZK, Kampung Attap
Restoran ZK merupakan kedai nasi kandar yang paling famous dan tertua di Kuala Lumpur. Ramai yang kunjung di sini untuk menikmati hidangan nasi kandar berlaukkan Kari Kepala Ikan dan Ayam Goreng Kuah Madu. Serius kalau makan di sini, sepinggan memang tak puas. Untuk mendapatkan makanan yang panas dari dapur, korang perlu datang ke lokasi ini terlebih awal kerana restoran ZK ini cepat penuh. Untuk harga makanan di Restoran ZK ini, amat berbaloi dengan kesedapan makanannya.
– Seketul Kari Kepala Ikan, antara RM20-RM50
– Sepinggan Nasi Kandar bersama Ayam Goreng Madu, antara RM7-RM10
Lokasi Restoran ZK berhampiran dengan Kg. Attap, lebih kurang 7 – 10 minit dari Hotel. Buka dari 11:00 pagi sehingga 2:00 petang (Isnin-Sabtu).
Alamat: No. 76 Jalan Kampung Attap, 50640 Kuala Lumpur
5. Sate ayam di satay Dzul Jalan Peel
Memang ada banyak kedai sate di sekitar kawasan Kuala Lumpur ni. Tapi, satu gerai yang buat aku teringin nak repeat lagi adalah Satay Dzul ini.
Terngiang-ngiang lagi aku pada daging sate ayam dan lembu yang gemuk-gemuk yang membuatkan aku jatuh cinta. Tambahan pula dengan servis mereka yang sangat cepat, pasti aku takkan pilih kedai sate lain kalau aku ke sini lagi.
Lokasi untuk Satay Dzul ini berhampiran dengan Jalan Peel. Waktu operasi 6.00 petang sehingga 11.00 malam (buka setiap hari)
Alamat: No. 41 Jalan Peel, 56100 Kuala Lumpur
Selepas habis melawat kawasan di gerai-gerai berhampiran ni dan makan malam di hotel, aku ingin beritahu yang Hotel ibis Styles ini juga menyajikan sarapan pagi yang disediakan dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 11 pagi.
Disebabkan terlalu ramai orang di ruang makan tersebut, pihak hotel sudah memaklumkan sehari sebelum supaya aku turun sarapan lambat sedikit berbanding orang lain.
Diingatkan, hotel ini bukan sahaja menerima tetamu ‘business traveller’, malah hotel ini juga menjadi tempat penginapan para-para pelancong dari luar negara.
Oleh kerana para pelancong mempunyai masa yang terhad dengan itenari harian yang pack, pihak hotel memberi keutamaan kepada mereka. Jangan risau, makanan sentiasa akan ada.
Sepanjang aku menginap di Hotel ibis Styles KL FBP ni, jarang aku guna kereta sendiri. Minyak petrol kereta aku memang tak luak langsung. Memanglah, nak kemana-mana senang, sebab banyak sangat kemudahan pengangkutan di sini. Sebagai contoh nak ke KLCC atau Pavilion, pihak hotel sudah sediakan secara percuma ‘shuttle service’. Kalau terlepas shuttle, ada teksi sedia menunggu di depan lobi hotel.
Bukan setakat itu sahaja, Shuttle nak pergi ke IKEA Cheras pun turut disediakan. Korang hanya perlu berjalan 2 minit ke LRT Chan Sow Lin untuk menaiki “free shuttle” tersebut.
Stesen LRT Chan Sow Lin betul-betul terletak di belakang hotel ini. Nice kan?
Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati menginap di Hotel ibis Styles KL FBP ini. Memang sangat recommended dan berbaloi. Yang paling penting sekali, bilik hotel yang sangat selesa dan kemudahan pengangkutan awam yang sangat lengkap. Untuk gambar-gambar sekitar Hotel, boleh tengok di bawah.
Bilik permainan
Kawasan kanak-kanak untuk menonton TV & mewarna kertas lukisan
Bilik gymnasium
Apa yang aku suka pasal hotel ini adalah prosedur mereka yang sporting dan tidak leceh berbanding dengan hotel-hotel yang pernah aku duduk sebelum ini. Yang paling penting tu, biar aku kongsi gambar bilik yang aku tinggal hari itu.
Di sebabkan hotel ini sesuai untuk business traveller, mereka menyediakan workstation di dalam setiap bilik tidur mereka serta WiFi Internet secara percuma.
Selain daripada workstation, tilam yang empuk dan jumlah plug point yang banyak membuat penginapan aku cukup selesa. Sofa bed yang tersedia di dalam bilik aku ni juga cukup selesa untuk menampung tetamu kanak-kanak.
Manakala, untuk siaran televisyen, stesen tv popular Astro Super Sport, AXN, Arwani, National Geo, Boomerang, FOX, siaran tempatan turut tersedia untuk menghiburkan aku di sepanjang penginapan aku di sini.
Dengan kemudahan yang mencukupi serta tandas yang serba bersih di hotel ini, pasti aku akan menginap disini lagi di masa yang akan datang.
Secara generalnya, harga RM200+ semalam (hanya RM100 seorang) sangat-sangatlah berbaloi kerananya ianya sudah termasuk dengan :
– Sarapan pagi percuma
– Wi-Fi percuma
– Perkhidmatan shuttle ke KLCC/Pavilion/IKEA Cheras percuma
Sekiranya korang seorang business traveller seperti aku yang terpaksa mengejar penerbangan seawal yang mungkin, aku memang sangat rekemen feature 24/7 Flexi Stay yang membenarkan aku untuk check-in dan check-out pada bila-bila masa.
Konsep 24/7 Flexi Stay ini membolehkan aku check-in pada bila-bila masa dan tidak perlu tunggu selambat jam 2 petang untuk mendaftar masuk ke bilik hotel. Jadi sesuai untuk traveller yang jenis suka sampai awal ke destinasi macam aku. Jimat masa dan jimat kos kerana hanya dari RM 163+ je. Untuk booking boleh rujuk sini
Oh ya, pihak ibis Styles juga bermurah hati untuk memberikan penginapan satu malam percuma kepada 3 pemenang pertama yang share dan tag kawan-kawan yang paling ramai dalam satu post. Bukan susah mana pun. Mudah je. Berikut syarat-syaratnya:
1. Like Ibis Styles KL Fraser Business Park Facebook page
2. Follow Instagram ibisstyleskl
3. Kongsikan artikel ini di Facebook korang kepada kawan-kawan sebanyak mungkin dalam satu post dengan hashtag #ibisstylesklfbp
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment