Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anugerah Darjah Kebesaran: Tan Sri Bebas Dengan Jaminan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anugerah Darjah Kebesaran: Tan Sri Bebas Dengan Jaminan

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ yang direman lapan hari berkaitan cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 beserta seorang penjamin.

Beliau direman mengikut Seksyen 16, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah untuk kepentingan peribadi.

Suspek menyerah diri kepada SPRM pada 30 Mac lalu selepas beberapa jam diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. –BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oHbInZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.