Alcatel Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan 4 Kamera – Dua Dihadapan, Dua Dibelakang
Penggunaan dwi-kamera pada telefon pintar semakin popular pada masa kini, terutamanya pada bahagian belakang. Tidak ketinggalan juga, terdapat beberapa telefon pintar yang menyertakan dwi-kamera dihadapan untuk sokongan selfie lebih baik.
Kini, mengabungkan kedua-duanya, pihak Alcatel hadir dengan sebuah telefon pintar baru yang menggunakan empat kamera – dua dihadapan dan dua dibelakang.
Alcatel memanggil telefon ini sebagai Flash (berbeza dengan jenama Flash yang turut dimiliki oleh ibu syarikat yang sama).
Dengan fokus terhadap rakaman gambar, Alcatel turut menawarkan beberapa ciri-ciri menarik untuknya, termasuk sokongan rakaman gambar RAW, integrasi Super Selfie Mode, fungsi Super Video Mode, dan beberapa yang lain. Aplikasi galeri pada telefon pintar ini juga dikatakan boleh membahagikan gambar mengikut album secara automatik, selain membuat carian gambar siang dan malam dengan pantas melaluinya.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan dwi-kamera belakang yang menggunakan lensa 13-megapixel pada kedua-duanya, dimana ia menawarkan gabungan lensa RGB dan monokrom. Pada bahagian hadapan pula, ia menggunakan gabungan kamera 8-megapixel dan 5-megapixel.
Untuk telefon pintar tersebut sendiri, ia menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Helio X20, memori 3GB RAM dan turut dijana menggunakan sistem operasi Android.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oFFfeH✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment