Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangkok Nasihat Penduduk Selatan Thailand Usah Panik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangkok Nasihat Penduduk Selatan Thailand Usah Panik

BANGKOK: Timbalan Menteri Pertahanan Jen Udomdej Sitabutr menasihati penduduk di selatan Thailand agar tidak panik berikutan beberapa kejadian serangan bersenjata terhadap pasukan keselamatan dalam tempoh beberapa hari lepas.

Dalam kejadian awal pagi semalam, kira-kira 30 lelaki bersenjatakan senapang dan bom buatan sendiri melancarkan serangan terancang terhadap sebuah pos tentera dan polis di pekan Kroh Pinang di Yala, yang mengakibatkan 12 anggota pasukan keselamatan cedera.

Kejadian semalam adalah susulan kepada satu lagi serangan nekad oleh sekumpulan lelaki bersenjata terhadap Balai Polis Ranget, Narathiwat beberapa hari sebelumnya, yang menyebabkan seorang pegawai polis maut dan lima cedera.

“Kami minta orang ramai supaya usah panik. Biarpun ada serangan terbaru itu,

keadaan di selatan Thailand secara menyeluruh kini beransur baik,” kata Udomdej kepada media hari ini mengenai keganasan terbaharu di wilayah itu.

Udomdej, yang juga mengetuai “Kabinet Hadapan” mengenai selatan Thailand, berkata walaupun keganasan berlaku dari semasa ke semasa, tetapi pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

Kerajaan membentuk “Kabinet Hadapan” akhir tahun lepas yang turut dianggotai agensi yang menangani isu berkaitan pembangunan, tenaga kerja, pendidikan dan ekonomi, bagi menangani secara berkesan masalah di selatan Thailand.

Menurut Udomdej, badan khas itu akan mengatasi masalah ekonomi di selatan negara ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Sekiranya kami berjaya dalam bidang ekonomi, akhirnya, ia akan membawa kepada keamanan di wilayah ini,” katanya.

Konflik yang berlarutan selama bertahun-tahun antara kerajaan dan kumpulan militan di empat wilayah di selatan Thailand meragut lebih 6,000 nyawa orang awam dan anggota pasukan keselamatan.

Kerajaan Thailand dan Mara Patani (Majlis Syura Patani), badan induk yang mewakili beberapa kumpulan di selatan Thailand, terlibat dengan proses damai yang diatur Malaysia.

Bulan lepas, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan “Zon Keselamatan” atau kawasan babas daripada keganasan di wilayah selatan, walaupun lokasi sebenarnya masih dirunding. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nHNQwt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.