UPDATE ! Tak Tahan DIKECAM, Dato Vida Akhirnya Buka Mulut Dedah Punca Penceraian ! Memang Tak Sangka !
Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hubungan dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah rapuh.
UPDATE ! Tak Tahan DIKECAM, Dato Vida Akhirnya Buka Mulut Dedah Punca Penceraian ! Memang Tak Sangka ! |
“Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh,” katanya yang dipetik laporan mStar Online, hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Ini Respon Selamba Dari Fairuz, Suami Dato Seri Vida Tentang Isu Penceraian Mereka
Menurutnya, beliau kecewa kerana mahukan hubungan tersebut kekal abadi, namun beliau turut mengakui tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
“Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, ALLAH adalah sebaik-baik perancang-Nya,” katanya.
Mengenai punca perpisahan mereka, beliau memberitahu dirinya belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.
*****************************************************
KOTA BHARU: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita dirinya dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, sudah berpisah.
Wanita terkenal itu berkata, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.
“Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.
“Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik, di sini.
Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.
Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula bertebaran sejak dua minggu lalu.
Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.
“Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.
“Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah,” katanya.
Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.
The post UPDATE ! Tak Tahan DIKECAM, Dato Vida Akhirnya Buka Mulut Dedah Punca Penceraian ! Memang Tak Sangka ! appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oDLvDK✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment