Hi! Welcome Back and Stay Tune! Super KIP Mampu Ulangi Kejutan Di Argentina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Super KIP Mampu Ulangi Kejutan Di Argentina

KHAIRUL Idham mencipta kejutan apabila muncul juara kelas Moto3 di Grand Prix Argentina, tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Sirkit Termas de Rio Hondo, Argentina pernah menyajikan kenangan indah bukan saja buat Khairul Idham Pawi tetapi juga peminat sukan permotoran dua roda negara, tahun lalu.

Masih segar dalam ingatan, Khairul Idham mencipta kejutan apabila muncul juara kelas Moto3 di Grand Prix Argentina biarpun ketika itu tiada yang meletakkan harapan tinggi – untuk melihat pelumba negara menaiki podium.

Khairul ataupun dikenali sebagai Super KIP bagaimanapun merealisasikan impian negara yang mahu mendengar lagu Negaraku berkumandang di pentas saingan dunia ketika itu.

Minggu ini, sudah pasti ramai yang mahu ‘magis’ itu berulang di Argentina biarpun Khairul Idham berdepan saingan lebih mencabar dalam kelas baharu, Moto2.

Anak muda 19 tahun itu menamatkan pusingan pertama musim 2017 di tangga ke-28 di GP Qatar minggu lalu – penamat di kelompok bawah 20 dan satu keputusan yang tidak jauh bezanya ketika kemunculan pertamanya dalam kelas Moto3 (ke-22) di Litar Losail, tahun lalu.

Pelumba IDEMITSU Honda Team Asia itu pernah berkata dia sedang menyesuaikan diri bersama jentera Kalex selain masih perlu memperbaiki corak tunggangannya.

Namun kelebihan mungkin memihak kepada pakar litar basah, Khairul Idham minggu ini dengan cuaca diramalkan hujan.

“Saya boleh katakan yang keputusan ini (GP Qatar) adalah yang baik tetapi ia adalah perlumbaan pertama saya dalam Moto2 dan saya banyak belajar di sepanjang 20 pusingan itu.

“Ini terutamanya di baki pusingan terakhir di mana tayar banyak menyasar. Ini adalah sesuatu yang perlu saya berikan lebih perhatian.

“Saya percaya yang kami boleh melakukan lebih baik dari satu ke satu perlumbaan,” kata Khairul Idham Pawi selepas perlumbaan di Qatar.

Sementara itu, pengurus pasukan, Tadayuki Okada berkata, Khairul Idham banyak memperoleh pengalaman berguna di Litar Losail.

“Dalam Moto2, kamu perlu memiliki lebih skil tunggangan berbanding Moto3 dan pengalaman diraih (di Qatar) akan memberinya peluang berguna untuk mempelajari motosikal bagi membolehkan dirinya membiasakan diri untuk perlumbaan seterusnya,” kata Okada.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oTQUWr

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.