Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buku masakan Fazley - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buku masakan Fazley

Semakin mencintai bidang masakan, Datuk Fazley Yaakob tampil menghasilkan buku bertajuk My Sucre Story. Menghimpunkan 35 resipi terdiri daripada masakan autentik, semuanya dihasilkan berdasarkan resipi dari desanya yang tercinta di Rembau, Negeri Sembilan.

Antara menu yang dikongsikan, manisan serta pastri klasik Perancis dan sajian kuliner berciri khas fusion Asia yang terdapat di restoran miliknya iaitu SukaSucre Bistro.

Buku ditampilkan amat memikat yang disertakan gambar hidangan, bahan dan cara penyediaan menu. Malah setiap halaman dalam buku itu terisi catatan peribadi bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia itu dalam bidang kulinari bermula ketika dia berada di kampung sehingga menjadi seorang cef bertauliah dan mengusahakan perniagaan kulinari.

Fazley berkata, My Sucre Story adalah himpunan cerita perjalanannya seawal usia lima tahun ketika membantu neneknya di kampung. Meningkat remaja dia kerap menolong ibunya di dapur dan apabila berkahwin dia dikurniakan pula isteri yang rajin memasak.

“Idea menghasilkan buku ini tercetus selepas menang MasterChef Selebriti Malaysia. Bagaimanapun, selepas itu saya menyambung pelajaran di Paris dan apabila kembali ke tanah air, saya membuka SukaSucre Bistro.

“Lalu saya menggabungkan setiap kenangan itu dalam buku resepi ini. Ia ibarat terjemahan dan definisi rasa cinta saya dalam dunia masakan supaya pembaca faham tujuan saya menggabungjalinkan masakan daripada nenek, ibu, isteri, Paris dan Bistro,” katanya.

Fazley berkata, ada sinopsis dalam bab tertentu ditulis agar pembaca berasa lebih dekat dengan setiap resepi yang ditampilkan.

“Saya menggunakan dwibahasa supaya orang Barat boleh belajar bahasa kita dan rakyat Malaysia juga dapat mempelajari bahasa mereka dalam rangkuman pengalaman manis dalam bidang kulinari.

“Antara resipi popular yang saya kongsikan dalam buku ini, daging masak lemak cili api, ayam pop salai dengan sambal hijau, rendang campur Negeri Sembilan dan donat bersama sos santan karamel,” katanya.

Tidak ketinggalan Fazley turut berkongi resipi Beef Wellington Lemak Cili Api Bersama Kolak Campuran Buah Beri, Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng, Makaron Bertih Jagung Karamel Masin, Brioche Berperisa Limau Yuzu, Biskut Cawan dan Puteri Mandi.

Fazley yang juga Cef Eksekutif Kumpulan Rayz Bistro di Singapura itu beritahu buku resepi 121 helaian ini sudah dilancarkan di Paris pada Oktober 2015, diikuti di Singapura pada Mac 2016.

Tidak hanya itu, Fazley turut teruja apabila My Sucre Story diumumkan sebagai juara bagi kategori Buku Resipi Terbaik Dari Personaliti TV Luar Eropah sempena Pertandingan Buku Resipi Antarabangsa yang diadakan di China pada 29 Mei tahun lalu.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan buku itu, dapatkan ia di seluruh cawangan MPH Bookstore pada harga RM39.90 atau membeli secara atas talian dengan tawaran diskaun 15 peratus (RM33.92).

Berkongsi perkembangan seni, Fazley berkata, dia bakal tampil dengan single baru berjudul Ketiadaan. Single itu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Fazley sendiri. Peminat boleh mendapatkannya dan muat turun menerusi Spotify, iTunes dan Apple Music.

Dalam pada itu, video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Fazley Yaakob yang dijadualkan akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini.

The post Buku masakan Fazley appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nSbU0l

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.