Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak peduli sindiran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak peduli sindiran

Apabila melihat nasibnya masih terumbang-ambing dalam industri hiburan tanah air, ada rakan yang memperli dan menyindirnya dengan kata-kata menghiris perasaannya.

Tidak kurang juga yang menyarankannya berhenti saja daripada terus menaruh harapan untuk menjadi penyanyi terkenal.

Namun, semua semua kata-kata sindiran itu langsung tidak membantutkan langkah Aesar Mustapa.

“Memang sakit hati tetapi saya anggap mereka tidak pernah faham dengan cita-cita saya. Jadi, kenapa saya perlu peduli dengan kata-kata mereka? Saya akan terus berusaha untuk mengecapi segala yang dicita-citakan. Biarlah orang nak kata apa sebab saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Terus merungkai isi hati lelaki berasal dari Kuching, Sarawak ini, selama 12 tahun dia tiada pekerjaan tetap dan mencari rezeki menerusi kerja sambilan.

Namun, Aesar masih beruntung kerana dia bukan saja berbakat dalam nyanyian tetapi turut dianugerahkan kebolehan mencipta dan menulis lirik lagu. Sedikit sebanyak ia dapat menampung hidupnya.

Dia pernah mencipta lebih 40 lagu untuk penyanyi seperti Azmeer Arif, Alif AF dan Azam Pitt. Selain itu, dia juga pernah tampil dengan single pertama berjudul Satu Cinta.

Dalam usaha mengejar cita-cita sebagai penyanyi, Aesar pernah menyertai Malaysian Idol pada 2005 dan Gangstarz dua tahun kemudian.

Selain itu, dia juga pernah mengacarakan program masakan Hero Dapur dan turut berlakon dalam beberapa drama.

Aesar juga pernah ‘menebalkan muka’ berjalan di karpet merah Anugerah Juara Lagu tanpa kad undangan dan dalam beberapa majlis anugerah lain.

“Pengawal tidak tahu siapa saya tetapi bernasib baik apabila ada kakitangan TV3 yang mengenali saya maka dapatlah berjalan di karpet merah pertandingan yang berprestij itu.

“Saya tidak malu untuk mencari peluang berada di celah-celah artis dan selebriti terkenal lain kerana bukan buat salah pun,” katanya.

The post Tak peduli sindiran appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2owtj1S

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.