Letupan Di St. Petersburg: Kementerian Hubungi Konsulat Rusia Segera
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan komuniti warga negara Malaysia di sana bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg semalam.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar juga mengesahkan kejadian letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, masing-masing berlaku di Stesen Sennaya Ploschad dan Stesen Tekhnologichesky Institute, pada 3 April, jam 2.30 petang waktu tempatan.
Laporan awal turut mengesahkan sekurang-kurangnya 50 orang tercedera manakala 10 orang maut dalam insiden ini.
Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan proses pengecaman ke atas mangsa yang terlibat.
Warga negara Malaysia di St. Petersburg yang terjejas akibat insiden itu dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mosfilmovskaya Ulitsa 50 117192 Moscow di talian +7 495 419 9898 / +7 495 419 9899 atau melalui e-mel ke mwmoscow@kln.gov.my.
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja) atau 03-8887 4530.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nW94ZZ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment