Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancaran replika SKYJET - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancaran replika SKYJET

Filem sains fiksyen yang amat dinantikan tahun ini, Valerian and the City of a Thousand Planets bakal menemui penonton tidak lama lagi. Dibintangi Cara Delevingne dan Dane DeHaan, filem itu kerjasama Lexus dengan pasukan kreatif Valerian, yang berusaha membayang dan menghidupkan visi SKYJET, sebuah kapal angkasa yang ditampilkan dalam filem itu.

Bintang utamanya, Dane DeHaan juga teruja memperkenalkan replika kapal angkasa sebagai tunjang utama dalam filem itu. Pelancaran replika itu dikoreografikan dengan persembahan cahaya dramatik sebelum Dane bercerita mengenai penggambaran bersama SKYJET dan pengalaman bekerja di set bersama bintang gandingannya, Cara Delevingne serta pengarah Luc Besson.

SKYJET diperkenalkan buat julung kali sebagai sebahagian daripada acara Lexus di Miami, bertujuan mempamerkan produk terbaru jenama mewah itu dan aktiviti gaya hidup.

SKYJET dicipta oleh pasukan Valerian yang bercita-cita menampilkan kenderaan berasaskan realiti tetapi bersesuaian dengan dunia Valerian yang berlaku 700 tahun akan datang.

Pasukan kreatif filem itu bekerjasama dengan pereka Lexus untuk menggabungkan reka bentuk kontemporari yang diadaptasi daripada model ikonik semasa untuk menghasilkan rekaan akhir SKYJET.

Berkongsi pandangannya, Dane berkata, dia sudah lama ingin bekerjasama dengan Luc Besson kerana pengarah itu benar-benar menonjolkan setiap perkara dalam filem yang dihasilkan.

“Dia berjaya menghidupkan penceritaan dengan cara paling imaginatif yang boleh dicapai. Kolaborasi dengan Lexus bersama SKYJET ialah contoh hebat bagi usaha ini. Babak mengejar epik Valerian menerusi SKYJET pastinya menjadi salah satu detik paling mengujakan dalam filem ini,” katanya.

Reka bentuk akhir menggabungkan tafsiran yang diadaptasi daripada jeriji ‘spindel’ terkenal Lexus dan reka bentuk lampu hadapan serupa dengan Lexus LC coupe 2018 yang amat dinanti-nantikan dan ditakrifkan oleh bentuk atletik serta aerodinamik.

Pasukan kreatif Valerian mendapat inspirasi daripada kemajuan terkini jenama Lexus dalam teknologi AI dan HMI canggih.

Selain itu, penceritaannya juga bakal menggabungkan kapsul tenaga yang dibayangkan pada masa depan, diinspirasikan oleh hasil kerja Lexus terhadap teknologi sel bahan api hidrogen yang inovatif.

Imej pertama kapal angkasa ini dipertontonkan pada November tahun lalu, hari yang sama ketika treler filem itu ditayangkan buat julung kalinya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Jenama Global di Lexus Spiros Fotinos berkata, ketika pertama kali Luc menceritakan wawasannya untuk Valerian, jelas sekali dia mempunyai cita-cita yang sama dengan mereka.

“Luc mempunyai impian yang sama seperti kami untuk melangkaui kebiasaan dan mencipta pengalaman yang menakjubkan. Ia adalah satu cabaran menarik dalam usaha membantu membayangkan reka bentuk dan teknologi untuk SKYJET dari sudut pandang Lexus.

“Di samping membolehkan jenama kami menjadi sebahagian daripada kisah yang hebat ini, kami dapat menikmati saat betapa terkejutnya pereka dan jurutera apabila memaklumkan mereka dapat membina sebuah kapal angkasa,” katanya.

Lexus berharap pengalaman yang menakjubkan itu dapat dirasai penonton tidak lama lagi. Rekaan yang dibuat diharap, dapat membawa peminat dari seluruh dunia melihat lebih dekat aksi Valerian menjelang pelancaran filem itu pada Julai depan.

Valerian adalah filem yang dihasilkan berdasarkan siri novel grafik klasik, Valerian and Laureline hasil tulisan dan arahan Luc Besson. Valerian juga menampilkan bintang terkemuka termasuk Clive Owen, Ethan Hawke, Rihanna dan Kris Wu.

Ini adalah filem projek paling hebat oleh Luc Besson dengan belanja termahal yang pernah diterbitkan. Filem cereka itu adalah adaptasi daripada siri komik Perancis, Valerian, ditulis oleh Pierre Christin dan dilukis oleh Jean-Claude Mezieres. Filem berkenaan diterbitkan oleh Virginie Besson-Silla.

The post Pelancaran replika SKYJET appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n69kXn

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.