‘Bukan cari publisiti murahan’ – Zed Zaidi
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak menerima permohonan maaf yang dibuat oleh stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip Ali berhubung kenyataan mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.
Selain Najip, OK Chope! menampilkan Vernetta Lopez sebagai hos rancangan dan ahli panel lain ialah Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, keputusan itu diambil memandangkan terdapat ahli panel lain yang masih belum meminta maaf sehingga tempoh yang diberi tamat.
“Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian lagi.
“Kita mahu semua ahli panel meminta maaf,” katanya.
Bukan itu sahaja, Zed turut mempersoalkan tindakan ahli panel lain yang masih berdiam diri sehingga hari ini. Rentetan itu, Seniman beranggapan isu tersebut tidak pernah selesai.
“Semua sedia maklum, kita bagi tempoh sehingga Jumaat (hari ini) namun tiada tuntutan maaf daripada ahli panel yang lain. Mereka boleh berhubung dengan saya secara terus melalui telefon atau emel. Kita sedia berjumpa dan berbincang masalah ini. Itu saja.
“Kalau tiada inisiatif, kita anggap perkara ini tak selesai,” katanya.
Susulan itu, Seniman memfailkan laporan polis terhadap semua selebriti yang terbabit dalam program itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
Pada masa sama, katanya, Seniman juga akan bakal menghantar satu memorandum kepada kerajaan Malaysia.
“Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam membantu kerajaan dari sudut industri seni negara.
Ini juga merupakan prinsip sebagai seorang pemimpin di dalam persatuan Seniman itu sendiri.
“Kita juga mahu memberi pengajaran buat artis luar jika mahu masuk negara Malaysia perlu ikut undang-undang dan jangan buat hal,” tegasnya.
Dalam pada itu, Seniman menafikan semua tindakan yang dibuat berdasarkan kepentingan peribadi semata-mata.
“Kita tegaskan ini bukan mencari publisiti murahan tapi ini berlaku dalam bidang seni itu sendiri. Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab melakukan sesuatu demi melihat industri seni ini dihormati.
“Namun, mereka tak menghormatinya jadi dah menjadi tanggungjawab kita sebagai NGO menyuarakan atau mendesak pihak kerajaan untuk melakukan satu tindakan tegas,” katanya.
The post ‘Bukan cari publisiti murahan’ – Zed Zaidi appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofzWCW✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment