Cavani Ledak Dua Gol Lonjak PSG
EDINSON Cavani meledak dua gol ketika bantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan ke atas Guingamp dalam saingan Ligue 1, Perancis awal pagi tadi. – Foto Reuters
PARIS: Edinson Cavani meledak dua gol dan membantu satu lagi jaringan ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Guingamp dalam saingan Ligue 1, Perancis awal pagi tadi.
Kemenangan itu mengekalkan PSG untuk terus berada di landasan tepat mengekori Monaco dalam buruan gelaran liga Perancis musim ini.
Selepas aksi babak pertama di Parc des Princes berakhir tanpa sebarang gol, Angel Di Maria membuka tirai jaringan buat PSG pada minit ke-56 sebelum Cavani meledak gol kedua, empat minit selepas itu.
Pemain Uruguay itu sekali lagi meledak gol pada baki 20 minit terakhir – gol peribadinya ke-29 dalam 29 penampilan liga musim ini selain yang ke-42 dalam keseluruhan kejohanan.
Ketika perlawanan memasuki waktu tambahan masa kecederaan, Blaise Matuidi meledak gol keempat pasukan untuk menjamin kemenangan selesa buat pasukan bimbingan Unai Emery.
Hasil kemenangan itu, PSG kini kembali melonjak ke tangga kedua Ligue 1, mengatasi Nice tetapi masih ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Monaco.
“Kami tidak bermain dengan baik di babak pertama dan Guingamp tidak memberi laluan mudah tetapi apabila kami mendapat gol pertama, perlawanan sedikit terbuka dan kami mencari lebih banyak gol.
“Sudah tentu kami lebih gembira di babak kedua perlawanan,” kata Emery. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofFzRe✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment