Hi! Welcome Back and Stay Tune! DBKL Memperkenalkan Sokongan “Hari Bertemu Pelanggan” Secara Atas-Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DBKL Memperkenalkan Sokongan “Hari Bertemu Pelanggan” Secara Atas-Talian

Menjadi kebiasaan untuk pelbagai majlis perbandaran untuk bertemu dengan penduduk dikawasan mereka untuk mendapatkan maklumbalas dan aduan melalui hari khusus yang dinamakan “Hari Bertemu Pelanggan”. Kini, pihak DBKL membawa ia setapak kehadapan dengan memperkenalkan perkara berkenaan tetapi secara atas-talian.

Melalui apa yang dipanggil sebagai DBKL e-HBP (Hari Bertemu Pelanggan), sebuah laman khusus disediakan – membolehkan para penduduk di Kuala Lumpur bertemu dengan pihak berkuasa DBKL secara maya, dan tidak perlu ke sesuatu lokasi khusus.

Ini akan memudahkan lagi pengguna menyampaikan aduan dan maklumbalas – terutamanya mereka yang bekerja, memandangkan tidak perlu ke sesuatu lokasi yang sukar.

Apa pun, “Hari Bertemu Pelanggan” secara digital ini hanya berfungsi pada sehari setiap bulan, dimana melalui laman khusus pengguna boleh berinteraksi dan memberikan maklumbalas kepada DBKL. Menurut DBKL, ia akan diadakan pada setiap 15 haribulan, antara pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sekiranya tarikh 15 jatuh pada hari cuti, maka sistem ini akan beroperasi pada hari berikutnya. Sebagai contoh, untuk bulan April 2017 ini, ia akan berlangsung pada 17 April 2017 kelak.

Pihak DBKL turut mengatakan mereka akan memberikan maklumbalas serta-merta, selain akan mengambil tindakan pantas dalam tempoh seminggu.

Layari : DBKL e-HBP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o6yqok

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.