Ee Yi-Yew Sin Mara Ke Pusingan Kedua
PASANGAN beregu, Ong Yew Sin (kiri) dan Teo Ee Yi melakar kejutan apabila menewaskan pasangan nombor tujuh dunia dari Denmark, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi. – Foto Osman Adnan
KUCHING: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melakar kejutan apabila menewaskan pasangan nombor tujuh dunia dari Denmark, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Pasangan nombor dua negara itu mempamer aksi cukup konsisten apabila menang 21-19, 16-21, 21-10 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Perpaduan Kuching.
“Kemenangan ini meningkatkan lagi tahap keyakinan kami terutama selepas gagal melepasi pusingan pertama dalam dua kejohanan sebelum ini (Seluruh England dan Terbuka Switzerland).
“Jadi, ini memberi satu kelegaan buat kami,” kata Ee Yi ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Bagaimanapun, Ee Yi-Yew Sin yang menghuni ranking ke-27 dunia berdepan tugas sukar untuk misi mara ke suku akhir apabila bertemu pasangan China, Fu Haifeng-Zheng Siwei pada aksi pusingan kedua, esok.
“Kami turun sebagai beregu bukan pilihan, kerana semua tahu Fu Haifeng adalah juara Olimpik dan pemain berpengalaman.
“Jadi, kami tidak ada tekanan…kami akan berjuang habis-habisan untuk cuba melakar kejutan sekali lagi,” kata Yew Sin.
Fu Haifeng-Siwei mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 22-20, 17-21, 21-14.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o1inrL✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment