Hasil Ciptaan Lampu Wanita Ini Mampu Ubah Hidup Penduduk Pedalaman
Kini, masalah bekalan elektrik di kawasan pedalaman mampu diatasi dengan adanya penciptaan yang genius oleh wanita dari Filipina ini. Idea penciptaan lampu ini adalah daripada Aisa Mijeno yang merupakan seorang jurutera komputer wanita, dibantu oleh abangnya Ralph Mijeno.
Mereka telah mencipta lampu yang dijana daripada segelas air kosong dan 2 sudu garam yang mampu bertahan selama 8 jam. Malah, air laut juga boleh digunakan untuk menyalakan lampu tersebut.
“Lampu garam” tersebut tidak mempunyai masalah untuk bebas dari bahan mudah terbakar, jadi ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan lampu minyak tanah yang sering digunakan di Filipina.
Malah, lampu ini juga mesra alam sekitar kerana ia tidak membebaskan gas berbahaya. Anda juga boleh mengecaj telefon anda menggunakan soket USB yang disediakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment