Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau Saya Bukan Doktor, Pasti Saya Pun Terpedaya Dengan Testimoni Palsu Dan Iklan Menipu Di Facebook - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau Saya Bukan Doktor, Pasti Saya Pun Terpedaya Dengan Testimoni Palsu Dan Iklan Menipu Di Facebook

Tiga hari lepas ada seorang pesakit wanita umurnya 49 datang ke klinik selepas mendapat panggilan telefon kerana keputusan darah dia teruk sungguh.

Liver function test ( fungsi hati) dia rosak. Daripada normal terus menjadi bahana dalam masa empat bulan sahaja.

Kegagalan hati berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi buah pinggang boleh diganti dengan dialisis. Namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya.

Wanita ini adalah pesakit kencing manis, darah tinggi, kanser perut ( pembedahan telah dilakukan lima tahun lepas). Ubat kencing manis, darah tinggi dia makan tak makan sebab kata dia tak ada kesan sangat. Hurm.

Ada suatu hari, dia ternampak satu iklan di Facebook. Tertarik sungguh dia dengan semua ‘testismoni’ dalam iklan tu dan dia pun order lah sebotol.

Kata dia, lepas minum memang rasa bertenaga sungguh tapi pelik sebab badan dia rasa panas sangat dari dalam. Kena minum air dalam 3-5 L sehari baru rasa ok sikit.

Tapi dia tetap minum dan minum walaupun badan terasa semakin panas.

Dua minggu lepas, dia pergi Langkawi. Di sana, dia tertarik pulak dengan jamu perapat. Kata penjual tu, jamu tu baik untuk dalaman wanita. Selain untuk merapatkan apa yang ada, jamu tu jugak boleh elakkan berlakunya ‘rahim jatuh’. Dia pun beli dan makan jamu tu seminggu 2-3 kali.

Kata dia lagi, 3 bulan lepas, dia ada dapatkan injection(cucuk) vitamin C di klinik swasta. Kena bayar rm500 untuk satu sesi dan dia diminta datang kembali lepas sebulan dan kos dia mahal sedikit. Dia tak pergi sebab takde duit.

Semua benda dia cuba.

Kata dia, “Doktor taktau perasaan orang sakit, mesti rasa nak cuba untuk betul betul sihat. Tak kisahlah berapa harga janji sihat dengan cepat.”

Saya diam. Senyum tidak, marah tidak. Faham apa dia rasa sebab suami saya pun ada cakap benda yang sama.

Orang orang yang bukan di bidang perubatan memang akan percaya dengan iklan dan testimoni sebab nak sihat cepat.

Suami saya pesan jangan marah pesakit sebab mereka tidak tahu, mereka di atas pagar dan mencari cari ilmu tentang penyakit mereka. Bila dah sakit memang akan rasa terdesak untuk cepat pulih. Ini normal.

Ya, saya faham dan sebab tu saya tak marah. Saya cuma sampaikan nasihat dari ilmu yang saya ada sahaja. Siapa saya untuk marah?

Kalau saya bukan doktor mesti saya pun akan mudah terpedaya dengan iklan iklan mengiurkan iman tu.

Cuma, saya harap ramai anak anak dan masyarakat carilah ilmu pada yang ahli. Ahli ni bermaksud yang berada di dalam bidang itu sendiri. Untuk tahu tentang penyakit, tanyalah doktor yang bertauliah. Bukan doktor yang cuma dibeli nama, doktor palsu gila duit dan bajet bajet doktor.

Banyak dah rasanya page yang cuba membantu masyarakat mendapatkan ilmu yang betul dan sahih. Dan dah ramai juga doktor yang mula menyampaikan ilmu yang sah dan sahih juga.

Kalau doktor, mesti akan ada MMC no dan MMC tu boleh disemak di laman KKM.

Tidak ada jawatan yang terlalu melampau seperti professor doktor sri yada yada yada. Poyo sangat bunyi dia.

Ok berbalik kepada kes makcik tadi. Saya nasihatkan dia untuk berhentilah daripada makan benda benda yang kita taktau apa isi di dalamnya. Sudahlah macam macam penyakit dia ada, kenapa mahu ditambah lagi sakit yang ada.

Badan rasa kuat biasanya sebab steroids. Badan rasa panas juga sebab steroids atau mungkin ada bahan racun/berbahaya lain.

Jamu perapat biasanya ada tambahan hormon entah apa-apa dan vitamin c tu tak akan menjadikan kulit awak flawless atau badan awak kuat bertenaga pun. Sebab vitamin c makan atau cucuk akan keluar juga bersama air kencing.

Kesiankan badan kita kena tipu?

Ubat untuk darah tinggi, kencing manis, kolesterol, asthma, gout dan penyakit kronik lain adalah bertujuan untuk mengawal penyakit itu supaya tidak menjadi semakin teruk dan melarat. Kita tak mahu sampai terjadinya komplikasi.

Penyakit kronik ini terjadi bukan dalam masa yang sekejap. Sebab tu namanya kronik. Ianya mengambil masa bertahun tahun untuk terjadi akibat daripada cara hidup dan pemakanan kita. Jadi bila dah kena, ubat tu diperlukan untuk stabilkan penyakit.

Kenapa rasa lemah sahaja? Sebab pengawalan penyakit tu sendiri tidak bagus.

Sudah ada kencing manis, tapi paras gula masih tinggi. Sudah ada darah tinggi tapi tekanan darah masih tinggi. Sudah ada kolesterol dan gout tapi paras kolesterol dan uric acid masih tinggi. Sebab tu lah badan rasa lemah dan sengal sengal sahaja.

Bukan salah ubat tapi salah kita. Sebab itulah orang kata mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Jadi, betulkan lah diet kita. Diet di sini bukan bererti tidak makan. Diet bererti makan makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang cukup untuk badan perlu sahaja.

Kencing manis ni bukan sebab gula sahaja tapi karbohidrat yang tinggi pun penyumbang jugak. Nasi, roti, mee, bihun, koay teow itu adalah antara karbohidrat. Kurang kurangkan lah.

Darah tinggi boleh jadi sebab garam, msg, sos, kicap, stress. Kawal kawalkan lah.

Kolesterol disebabkan makan berminyak, berlemak, makanan segera. Hentikanlah.

Bersenam pula malas atau alasan biasa kita adalah tidak ada masa.

Kalau kita boleh ada masa untuk main fb, instagram, google sana sini, kenapa tidak ada masa untuk bersenam? Bukan hari hari pun takpa,dapat seminggu 2-3 kali pun jadilah. Bukan lama, 20-30 minit pun dah okay.

Semua benda akan rasa susah kalau kita sendiri yang cakap susah. Kata kata adalah doa.

Sedih tengok pesakit kronik dan masalah hati serta buah pinggang makin mencanak naik.

Untuk para peniaga, berhentilah menipu masyarakat dengan ilmu yang awak sendiri taktau. Seronok ke makan duit di atas kesusahan orang lain?

Ingat, apa yang kita sampaikan kalau tak betul, kita juga yang tanggung dosa. Nak nak pulak benda yang tak betul tu disebarkan merata rata, campur testimoni menipu lagi, campur ilmu tak betul lagi. Satu orang ikut, kita dah berdosa. Kalau dah beribu ribu?

Berapa banyak dosa kita? Cukuplah dosa seharian yang ada. Nak bangun solat taubat pun kita malas.

Jangan lupa kita ada malaikat kiri kanan yang tak jemu mencatat setiap amalan kita.

Berniaga itu sunnah tapi kalau dah menipu tiadalah berkat dan sunnah lagi

“Barangsiapa berdusta atas namaKu dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)

Orang yang berjaya bukanlah orang yang kaya harta dan dunia, tapi orang yang berjiwa syurga.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oBglzD

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.