Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun Lemas Mandi Di Kolam Renang Hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun Lemas Mandi Di Kolam Renang Hotel

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Bapa mangsa, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 37, berkata anaknya Nor Alyaa Zafirah mandi di kolam itu selepas selesai mengikuti satu program anjuran Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini.

Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan berkata hampir 60 murid mengikuti program Celik Minda yang dianjurkan setiap tahun bagi mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan.

Seperti biasa, beliau berkata mereka akan dibenarkan untuk mandi di kolam renang apabila program tamat, bagaimanapun tidak semua murid turun ke kolam.

Kebanyakannya dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.

“Kesemua mereka diawasi dengan rapi oleh kami malah kami sudah pun membunyikan wisel untuk memanggil semua murid naik.

“Bagaimanapun Encik Fazlan (bapa mangsa) mahu anaknya diberikan tempoh masa untuk berada di kolam renang dan berkata akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.48 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

“Ketua operasi bersama lapan lagi pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian dan didapati mangsa lemas telah diangkat naik dari kolam oleh orang awam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 8.06 malam,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nQYcti

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.