Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Menjelang Pertemuan Trump-Xi
SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Korea Utara hari ini telah melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan perairan di timur Semenanjung Korea.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Turus Angkata Bersama Tentera Korea Selatan, pelancaran dilakukan daripada dari Sinpo, sebuah bandar pelabuhan ke timur laut Korea Utara dengan peluru dikatakan menjangkaui jarak sejauh 60 kilometer.
Sinpo juga sememangnya diketahui sebagai lokasi pasukan kapal selam Korea Utara.
Pelancaran dilakukan hanya beberapa hari sebelum pertemuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.
Antara topik perbincangan kedua-dua pemimpin itu adalah usaha untuk memujuk Korea Utara menghentikan program pembangunan senjata negara itu.
Sebarang ujian atau pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara secara jelas mencabul ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nVKCGq✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment