Lazio Singkirkan Roma
PERLAWANAN antara AS Roma menentang Lazio pagi tadi di stadium Olympic, Rome, Italy. Pemain dari pasukan AS Roma, Mohamed Salah beraksi dengan pemian pihak lawan Lazio, Wallace. – Foto Reuters
ROM: Penyokong Roma membanjiri Stadio Olimpico awal pagi tadi untuk menyaksikan pasukan mereka menewaskan Lazio, namun terkandas di separuh akhir Piala Itali menerusi agregat 3-4.
Mohamed Salah menjaringkan dua gol (minit ke-66 dan ke-90) dan Stephan El Shaarawy meledak satu lagi jaringan pada minit ke-43 untuk Roma memenangi perlawanan separuh akhir kedua itu dengan 3-2.
Namun, jaringan Sergej Milinkovic-Savic (minit ke-37) dan Ciro Immobile (minit ke-56) membawa Lazio ke final dengan kemungkinan mereka akan berdepan Juventus.
Pendahulu Serie A itu akan berkunjung ke Napoli, esok dengan membawa bekalan 3-1 hasil kemenangan aksi pertama.
“Kita boleh mengatakan ia adalah satu kekalahan manis,” kata kapten Lazio, Senad Lulic. “Kami berhak ke final.
“Pasukan bermain dengan baik, jadi kami akan menikmati malam ini dan akan menunggu sehingga esok untuk melihat siapa yang akan ditentang pada final,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Roma, Luciano Spalletti berkata: “Ia adalah satu kekalahan yang mengecewakan kami.
“Kami tidak boleh mengubah masa lalu, dan kini kami perlu berhati-hati untuk masa depan.
“Kami bermain dengan baik secara umumnya, tetapi apabila anda tewas 2-0 pada perlawanan pertama, anda perlu berhati-hati dengan apa yang akan berlaku.” – AP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oXykwz✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment