Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Rasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di New Delhi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Rasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di New Delhi

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menandatangani plak untuk memperingati perasmian kompleks bernilai RM121 juta itu yang siap dibina pada Jun 2015 dalam masa 28 bulan.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Duta Khas Malaysia bagi Infrstruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu.

Kompleks di atas tapak seluas dua hektar dalam enklaf diplomatik di ibu negara India itu dibina oleh Dhaya Maju Infrastructure Asia Sdn Bhd, terdiri daripada empat blok termasuk sebuah pejabat, sebuah dewan serba guna, kediaman pesuruhjaya tinggi dan sebuah 20 unit pangsapuri untuk staf.

Najib berkata Kompleks Suruhanjaya Tinggi itu sebagai salah satu daripada pejabat perwakilan terbaik Malaysia di seberang laut.

Sebelum ini staf Suruhanjaya Tinggi tinggal di luar kedutaan, dan dengan siapnya bangunan baharu ini, pegawai-pegawai daripada agensi Kerajaan Malaysia yang lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) juga beroperasi dari sini. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oy3TRu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.