Ranieri Nafi 'dibunuh' Pemain Sendiri
Claudio Ranieri
LONDON: Claudio Ranieri menolak dakwaan mengatakan bekas pemain bimbingannya menjadi watak utama di sebalik pemecatan sebagai pengurus Leicester City.
“Saya tidak percaya pemain ‘membunuh’ saya. Tidak, tidak, tidak,” kata Ranieri dalam temubual pertama sejak dipecat Februari lalu.
Pengendali dari Itali itu memberitahu Sky Sports mungkin ada seseorang di belakangnya yang menjadi pengkhianat namun tidak menamakan individu berkenaan.
“Saya mempunyai sedikit masalah pada tahun sebelumnya dan selepas itu kami memenangi liga. Mungkin tahun ini apabila kami kalah, orang itu semakin menambah tekanan,” katanya.
Ranieri dipecat oleh pemilik dari Thailand hanya sembilan bulan mengetuai Leicester menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketika kelab itu hanya dipisahkan satu mata dengan zon penyingkiran.
Ranieri berkata, pemain bergelut untuk memotivasikan diri selepas profil mereka semakin meningkat dan fakta menunjukkan mereka tidak begitu tertekan pada tahun sebelumnya jika dibandingkan selepas bergelar juara.
Namun sejak pemecatan Ranieri, Leicester yang kini dikendalikan Craig Shakespeare tampil dengan aksi terbaik menang enam perlawanan berturut-turut sebelum tewas 4-2 kepada Everton sebelum ini. – AP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oZz5cg✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment