Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengesahkan tiada jaminan buat tiga penyerang utamanya kembali disenaraikan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2017 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak, bermula 29 April ini.

Pendirian tegas itu ditujukan pengendali berusia 58 tahun itu kepada Faizal Saari, Firhan Ashari dan Haziq Samsul yang terlepas aksi ketika Malaysia menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, bulan lalu.

Katanya, ini kerana lima penyerang lain – Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Rashid Baharom, Shahril Saabah dan Ramadan Rosli – juga sudah membuktikan ketajaman mereka di Dhaka.

“Walaupun mereka kerap diturunkan sejak dua tahun lalu, mereka juga perlu bekerja keras untuk mendapat tempat kali ini.

“Jadi tidak bermakna mereka akan mendapat tempat automatik di dalam pasukan,” katanya ketika ditemui sebaik berakhir aksi persahabatan antara pasukan senior dan skuad pembangunan negara, sebentar tadi.

Malah, Van Huizen berkata tidak adil untuk dia mengetepikan lima penyerang lain selepas mereka membuktikan mereka juga berhak disenaraikan berdasarkan prestasi di Dhaka, tempoh hari.

“Paling saya kagum adalah Nik Muhammad Aiman yang berjaya menampilkan persembahan cemerlang di Dhaka, termasuk menjaringkan lima gol.

“Ya, memang ramai mengatakan ia hanya kejohanan biasa, tetapi bagi saya bukan mudah untuk seorang pemain muda menjaringkan banyak gol di pentas antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, pada aksi persahabatan di Stadium Hoki Tun Razak itu, Malaysia Tigers menundukkan pasukan adiknya 4-0 hasil sumbangan dua jaringan Faizal dan masing-masing satu oleh Firham dan Rashid Baharom.

Malah, Van Huizen juga menguji semua 18 pemain pada aksi yang dilihat menjadi medan untuk mengenal pasti kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand pada 23 dan 24 April ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p3lj5u

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.